Saturday, June 26, 2010

PAVILION FOR SHANGHAI EXPO 2010

JAWAPAN LISAN DEWAN RAKYAT PADA27 APRIL 2010

SOALAN
YB Tunku Abdul Aziz bun Tunku Ibrahim meminta MENTERI PELANCONGAN menyatakan penyertaan negara di ‘Pavilion for Shanghai 2010’ yang mana tender RM19.99 juta itu diserahkan kepada Venturepham Asia, sebuah syarikat ubat-ubatan yang diberi kepercayaan mengendalikannya.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

Lantikan syarikat Venturepham Asia Sdn Bhd sebagai pengendali penyertaan negara dalam World Expo Shanghai 2020 adalah berdasarkan syarikat tersebut memenuhi syarat-syarat lantikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

i. mempunyai sijil kod bidang kerja yang berkaitan, dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan;
ii. mempunyai pengalaman mengendalikan kerja seumpamanya, antara Matrade 50th Anniversaru, SMIDEX 2007 & SME Conference dan East Asia Business Exhibition 05; dan
iii. harga tawaran untuk pembinaan astaka adalah di dalam lingkungan harga anggara Jabatan.

Selain daripada itu, reka bentuk yang dikemukakan oleh Venturepham Asia didapati paling kreatif, menarik dan memenuhi spesifikasi dan tema pameran iaitu: “1Malaysia: Harmonized City Living” berbanding dengan reka bentuk yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat lain.

No comments:

Post a Comment